Saturday, May 11, 2013

SOLAT RUKUN ISLAM KE 2

n  Assalamualaikum w.b.t.hari ni,sy nak ceritakan tntg solat.ALLAH S.W.T telah m'wajibkan kita(org islam)untuk solat.Sape yg tinggal solat scr sengaja....hukumnya DOSA!!Sebenarnya..kita sepatutnya bersyukur tau x.knape?sbb ketika peristiwa israk dan mi'raj ALLAH mengfardhukan RASULULLAh S.A.W utk solat 50 waktu..Nabi Muhammad meminta dikurangkan waktu solat tersebut dari 50 waktu hingga ke 5 waktu kerana baginda tahu bahawa umatnya tidak mampu untuk melakukan solat sebanyak 50 waktu. Maka bermulalah perintah untuk menunaikan solat 5 waktu sehari semalam.Tapi,setelah dikurangkan solat pun,masih ramai yg tidak mengerjakan solat...betul x?
    Ketika peristiwa israk dan mi'raj juga,RASULULLAH melihat sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).Semua orang mesti x nak kepala dia jadi mcm tu.So,rajin2lah solat yea :)
     Faedah solat pun ada jugak tau tak..antaranya:
    
* Solat boleh menghapuskan dosa, mendapat pahala dan menaikan darjat seseorang di sisi Allah s.w.t.
* Solat merupakan senaman (riaadah) yang Allah jadikan untuk hambanya.
* Solat akan memberi cahaya kepada wajah, hati, kubur dan hari kiamat nanti kepada tuannya.
* Solat merupakan makanan rohani.
* Kedudukan solat dalam agama seperti kepala dengan tubuh badan, bagaimana badan akan hidup tanpa kepala begitulah juga bagaimana agama seseorang itu nak hidup tanpa solat.
* Solat adalah sebagai pembersih jiwa seseorang.
* Solat adalah penyempurna kepada Islam atau agama seseorang.
* Solat boleh menambah keimanan dan keyakinan kepada Allah dan kebenaran Islam.
* Solat boleh mencegah tuannya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran.
* Solat boleh mengajar seseorang itu berdisiplin dalam hidup mereka.
* solat melatih seseorang itu mengamal kehidupan yang mementingkan kebersihan.
* Solat melatih seseorang itu menepati waktu
OKLAH..MUNGKIN NI JELA YG SY NAK SHARE SETAKAT NI
BYE..ASSALAMUALAIKUM

No comments:

Post a Comment